PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) terbahagi kepada bahagian kursus pendek, Latihan Khas Akaun Amanah dan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Jabatan ini juga bertanggungjawab menjalankan tugas merangka jadual kursus, 'helpdesk', promosi, pendaftaran dan persijilan.
Tenaga pengajar terlatih terdiri daripada pensyarah KKSP bertanggungjawab melatih kumpulan sasar yang terlibat. Golongan sasar terdiri daripada komuniti setempat, institusi pendidikan, kariah masjid, pusat tahfiz, agensi kerajaan dan swasta, lepasan sekolah, pelajar sekolah warga emas, Orang kurang Upaya (OKU), suri rumah dan lain-lain.
Jabatan ini diwujudkan bertujuan untuk membantu membangunkan potensi kumpulan sasar komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang dilaksanakan di kolej komuniti telah menyumbang kepada pengurangan jurang tenaga mahir yang dihadapi oleh industri melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini bercirikan program terlanggan (customised programme) iaitu dilaksanakan dengan fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0. Antara kluster kursus yang dijalankan adalah sajian dan makanan, hospitaliti dan pelancongan, grafik dan multimedia, jahitan dan pakaian, perniagaan dan keusahawanan, bahasa, seni kreatif, pembangunan diri/motivasi, kecantikan, teknologi hijau, elektrik dan elektronik dan lain-lain.
KUMPULAN SASARAN
Golongan miskin tegar, ibu tunggal, belia dan warga emas/ pesara, komuniti setempat, institusi pendidikan, kariah masjid, pusat tahfiz, agensi kerajaan dan swasta, lepasan sekolah, pelajar sekolah warga emas, Orang kurang Upaya (OKU), suri rumah dan lain-lain dengan ilmu kemahiran hidup dan teknikal serta keusahawan.
PROGRAM YANG DITAWARKAN DIBAWAH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
• Kursus Secara Sambilan (KSS)
• Reskilling & Upskilling (R & U)
• Kursus Pendek dan Terlanggan
• Diploma Eksekutif yang telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Qualification Agency (MQA)
• Diploma Professional, Pensijilan Profesional
• Pensijilan Kometensi dan Pensijilan Industri
• Peserta Kemahiran TVET