- Details
- Super User
- Hits: 124
SmartGreen KKSP
|
Berita 1
![]() |
EMPOWER INTEGRITI, INSPIRE SMARTGREEN MEMBINA MAHASISWA MASA HADAPAN Tarikh : 8 hingga 9 Mei 2026, Lokasi : Dewan Banquet, Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah Program “Empower Integriti, Inspire SmartGreen: Membina Mahasiswa Masa Hadapan” merupakan inisiatif Kolej Komuniti yang bertujuan menerapkan nilai integriti, etika dan amalan kelestarian dalam pembangunan pelajar.
Program ini selari dengan 13 Iltizam Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2026, khususnya Iltizam 1: Penjenamaan TVET, Iltizam 3: Memperkasa Kolej Komuniti dan Iltizam 7: Pembudayaan Kemampanan.
Melalui aktiviti interaktif dan berpusatkan pelajar, program ini memberi penekanan kepada pembentukan mahasiswa yang berintegriti, bertanggungjawab, berkemahiran serta mempunyai kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar |
Berita 4
![]() |
PROJEK PENANAMAN POKOK 2 MILLION PROJECT 2 MILLION, PROJEK PENANAMAN POKOK DI GUNUNG INAS DAERAH BALING, KEDAH, Tarikh : 21 April 2026
Projek Penanaman Pokok 2 Million Project di Gunung Inas, Daerah Baling, Kedah merupakan inisiatif pemuliharaan dan penghijauan alam sekitar yang dilaksanakan dengan kerjasama Jemaah Dato’ Negeri Kedah dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Program ini melibatkan penyertaan seramai 15 orang pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani dalam aktiviti penanaman pokok bagi menyokong usaha pemeliharaan hutan, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar serta memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan program ini turut menyokong usaha kelestarian alam sekitar serta pencapaian SDG 13: Climate Action dan SDG 15: Life on Land. |
Berita 5
![]() |
PROJEK PENJUALAN MINYAK MASAK TERPAKAI
Projek Penjualan Minyak Masak Terpakai merupakan satu inisiatif kelestarian yang dilaksanakan bagi menggalakkan pengurusan sisa minyak masak secara bertanggungjawab. Projek ini melibatkan pengumpulan dan penjualan minyak masak terpakai kepada pihak yang berkaitan untuk dikitar semula dan dimanfaatkan sebagai sumber alternatif, sekali gus mengurangkan pembuangan minyak ke longkang atau persekitaran. Projek ini turut meningkatkan kesedaran warga kolej terhadap kepentingan kitar semula, pengurangan sisa dan penggunaan sumber secara berhemah, di samping menjana nilai ekonomi daripada sisa yang dikumpulkan serta menyokong amalan kampus yang lebih lestari. |
Berita 6
|
|
|
SMARTGREEN DI KAMPUS: MEMANFAATKAN PERSEKITARAN KAMPUS UNTUK MEMPERKASA INISIATIF SMARTGREEN Tarikh : 8 Julai 2026 Unit SMARTGREEN, Kolej Komuniti Sungai Petani komited dalam membudayakan amalan kelestarian sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan modal insan yang berilmu, beretika dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi, Dasar Teknologi Hijau Negara serta Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs), program SMARTGREEN Di Kampus: Memanfaatkan Persekitaran Kampus Untuk Memperkasa Inisiatif SMARTGREEN dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu dan pencetus perubahan ke arah pembentukan komuniti kampus yang lebih lestari, inovatif dan berdaya saing. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan sumber secara bijak, teknologi hijau, penggunaan tenaga secara cekap serta amalan mesra alam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja. Melalui sesi perkongsian bersama |
Berita 7
![]() |
PROGRAM LESTARI UNIT SIJIL AUTOMATIF SAU: TAKLIMAT AKADEMIK & GOTONG-ROYONG PERDANA SESI I 2026/2027 Tarikh : 7 Julai 2026 Program Lestari Unit Sijil Automotif (SAU): Taklimat Akademik & Gotong-Royong Perdana Sesi I 2026/2027 merupakan satu inisiatif yang menggabungkan taklimat akademik dengan aktiviti kelestarian bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan kebersihan, pengurusan persekitaran dan amalan SmartGreen. Program ini turut memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan pelajar melalui aktiviti gotong-royong, di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih, selamat dan kondusif. |
Berita 8
![]() ![]() |
PROJEK PEMASANGAN SISTEM TADAHAN AIR
PENGENALAN PROGRAM
Inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan pembaziran air, meningkatkan kecekapan penggunaan air serta menjimatkan kos util |
Berita 9
![]() |
|
|
VIBES CERIA KKSP- PROJEK PENANAMAN HERBA DALAM PASU BAGI PENGHIJAUAN RUANG KKSP tarikh : 1 Mac – 30 April 2026 Program ini merupakan inisiatif yang dianjurkan untuk membudayakan amalan kelestarian alam sekitar serta mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, hijau dan kondusif di Kolej Komuniti Sungai Petani melalui penglibatan aktif warga kolej dalam aktiviti seperti gotong-royong, penanaman pokok, kitar semula, pengasingan sisa dan kempen pengurangan penggunaan plastik sekali guna, di samping memupuk nilai tanggungjawab, kerjasama dan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta pembangunan mampan. |
|









