DIPLOMA TERAPI KECANTIKAN

 

DIPLOMA TERAPI KECANTIKAN

 

Syarat Am Kemasukan

A) Lepasan SPM
Warganegara Malaysia
Memiliki SPM atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

B)Lulusan Sijil Kolej Komuniti
Warganegara Malaysia
Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut:
i)Sijil Dandanan Rambut
ii)Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
iii)Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut

Tempoh Pengajian 6 Semester / 36 bulan

 


SINOPSIS

Program Diploma Terapi Kecantikan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan professional, spa badan dan pengurusan spa.
2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang solekan dan urutan.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan.


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Perunding Imej
Juruterapi Kecantikan
Juruterapi Estetik
Jurusolek
Pensyarah Kecantikan
Pengurus
Freelancer
Usahawan

 

DIPLOMA BEAUTY THERAPHY INTERNATIONAL CITY & GUILDS

 

DIPLOMA BEAUTY THERAPHY INTERNATIONAL CITY & GUILDS

 

Syarat Am Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Tempoh Pengajian

6 bulan sahaja

 

SINOPSIS

- Pengiktirafan antarabangsa
- Yuran pengajian yang berpatutan
- Tenaga pengajar yang berpengalaman
- Pengusaha pusat kecantikan digalakkan memohon

 

SIJIL TERAPI KECANTIKAN DAN SPA

 

SIJIL TERAPI KECANTIKAN DAN SPA

 

 
Syarat Am Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5. Calon perempuan sahaja
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Tempoh Pengajian 4 Semester
 


SINOPSIS

Program Diploma Terapi Kecantikan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan professional, spa badan dan pengurusan spa.
2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang solekan dan urutan.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan.


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Perunding Imej
Juruterapi Kecantikan
Juruterapi Estetik
Jurusolek
Pensyarah Kecantikan
Pengurus
Freelancer
Usahawan

 

SIJIL OPERASI PERHOTELAN

 

SIJIL OPERASI PERHOTELAN

 

Syarat Am Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5. Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Tempoh Pengajian 4 Semester

 

SINOPSIS

Program Operasi Perhotelan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang operasi hotel. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Perkembangan terkini industri hospitaliti di dalam dan luar negara.
2. Langkah-langkah tatasajian yang merangkumi beberapa servis iaitu american service, russian service dan french service.
3. Kaedah mengendalikan dan menguruskan majlis.
4. Teknik yang sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman mengikut kategori.
5. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan pengemasan bilik tetamu, operasi dobi, public area dan gubahan bunga.
6. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan penempahan bilik tetamu, tugas reception dan tugas concierge.


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Operasi Hotel yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Operasi Hotel. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Waiter / waitresses
Bartender
Food and Beverage Captain
Food and Beverage Supervisor
Chambermaid
Laundry Attendant
Laundry Supervisor
Linen Attendant
Linen Supervisor
Public Area Attendant
Public Area Supervisor
Hotel Florist
Butler
Telephone Operator
Reservation Assistant
Reservation Supervisor
Bellman
Bell Captain
Front Office Assistant
Front Office Supervisor
Night Auditor

 

 

SIJIL KULINARI

 

SIJIL KULINARI

 

Syarat Am Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5. Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Tempoh Pengajian 4 Semester

 

SINOPSIS

Sijil Kulinari adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam Kulinari.Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
2. Pengenalan kepada bahan, alat, dan pengurusan tempat kerja (dapur).
3. Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri.
4. Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap.
5. Proses penyediaan, menghias dan menghidang.
6. Proses perlaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kulinari yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang hotel dan katering. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut sebagai:

Chef sebagai profession - Jurumasak di kebanyakan hotel dan Resort dalam dan luar negara
Jurumasak, Penyelia Dapur, Pembantu Dapur di
Kafeteria
Hospital kerajaan dan swasta
Kediaman Kenamaan
Syarikat penerbangan, Perkapalan dan Pelantar Minyak
Speciality Restaurant dan Fast-food Restaurant
Chef Selebriti dan Pengacara Masakan.
Tenaga Pengajar Jemputan di institusi pengajian seperti Giat Mara, kolej-kolej swasta dan lain-lain.
Membuka Perniagaan Sendiri / Ahli Perniagaan.

 

 

SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

 

SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

 

Syarat Am Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Tempoh Pengajian 4 Semester

 

SINOPSIS

Program Teknologi Automotif adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.


PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan ringan untuk diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:

Mekanik
Juruteknik servis kenderaan
Penasihat servis (Service Advisor)
Pengusaha bengkel servis
Pengusaha bengkel tayar
Pengusaha bengkel elektrik automotif
Pengusaha kedai aksesori automotif

 

 

SIJIL ASAS PASTRI PENDIDIKAN KHAS

 

SIJIL ASAS PASTRI (PENDIDIKAN KHAS)

 

Syarat Am Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Tamat Sijil Persekolahan Sekolah Menengah & berumur 17 tahun ke atas
3. Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran) Menguasai 3M (Membaca, Menulis & Mengira) dan perlu menjalani proses saringan.
4. Lulus temuduga

Tempoh Pengajian 24 Bulan