
Langkawi | 14 Februari 2025
Merasmikan Majlis Apresiasi Keusahawanan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) 2024 yang berlangsung di Dewan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
Penganjuran Majlis Apresiasi Keusahawanan yang berlangsung bersempena dengan Karnival TVET POLYCC 2025 ialah untuk memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan keusahawanan POLYCC khususnya.
Majlis apresiasi pada kali ini juga adalah bersekali dengan Lab Ketua Unit Keusahawanan.
Pelaksanaan Keusahawanan POLYCC ini adalah berlandaskan kepada Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang dilancarkan pada tahun 2010.
Semoga usaha ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di POLYCC.